KPS3014:PENGURUSAN PEMBELAJARAN
TOPIK 13:
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
kumpulan 2
​
​Profesor Dr. Amir Hasan bin Dawi
​
PENGENALAN KPS3014: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
​
kursus pengurusan pembelajaran KPS3014 membincangkan tentang pengurusan alam pembelajaran dalam topik 13 .
Bab ini menjelaskan tentang definisi pengurusan alam
pembelajaran, aspek pengajaran, peranan dan kemahiran, kaeda pengajaran,
asas guru dan keberkesanan pengurusan alam pembelajaran.
​
DEFINISI PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Menurut Haji Samsudin bin Md Noor "pengurusan alam pengurusan alam pembelajaran bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan". Menurut Lee Shok Mei (1993) pula "alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang daPat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu".
AFIF ZUFAYRI BIN JOHARI
D20192091914
ASPEK PENGAJARAN
Aspek Fizikal
​
-
Menurut Arzi (2003), kemudahan fizikal yang sesuai akan meransang aktiviti intelektual, meningkatkan hubungan sosial, menggalakkan pembelajaran dan pembangunan serta mengehadkan tingkah laku negatif pelajar
-
Contoh: guru memastikan keadaan di dalam kelas selesa
Aspek Psikososial
​
-
Menurut Fraser (1994), persekitaran psikososial bilik darjah melibatkan hubungan antara guru dengan pelajar
-
Aspek psikososial merangkumi 4 elemen iaitu nada suara yang jelas, saling berbudi bahasa, tingkah laku yang diterima dan suasana yang kondusif
Aspek Komuniti Pembelajaran
​
Merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara pelajar yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan kerjasama, bantu membantu, perkongsian idea dan persaingan sihat.
HOO JIA ING
D20191087698
Peranan Guru
​
Guru sebagai pendidik berperanan untuk mendidik dan menunjukkan tingkah laku yang baik kepada murid-murid. Antaranya adalah guru tersebut perlu menyediakan rancangan pembelajaran terlebih dahulu sebelum memasuki kelas. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah difahami serta objektif pembelajaran tercapai. Kedua ialah guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran. Hal ini kerana kebanyakan murid akan berasa bosan dan mengantuk jika guru hanya menggunakan kaedah yang sama semasa mengajar. Kaedah yang berbeza akan menarik minat murid serta mudah untuk difahami. Peranan yang ketiga adalah guru sebagai agen sosialis iaitu guru merupakan salah satu individu yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam diri murid-murid. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid memahami setiap ilmu yang disampaikan.
Kemahiran Asas yang Perlu ada pada Guru
​
Untuk menjadi seorang pendidik, perlulah mempunyai kemahiran agar dapat melahirkan murid yang berjaya dalam semua aspek kehidupan. Antara kemahirannya ialah kemahiran pengurusan bilik darjah. Guru haruslah tahu tentang cara untuk mengendalikan bilik darjah agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu guru juga haruslah mempunyai kemahiran dari segi penggunaan teknologi dan maklumat (ICT). Hal ini kerana pembelajaran abad-21 ialah guru harus menggunakan teknologi dalam pengajaran seperti powerpoint, quiz dan sebagainya. Kemahiran yang seterusnya adalah kemahiran dalam bertutur. Untuk menjadi seorang guru haruslah boleh bertutur dengan jelas dan lantang semasa pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan nada yang jelas akan menarik minat murid untuk belajar serta pengajaran yang disampaikan oleh guru akan mudah untuk difahami. Oleh itu, kemahiran-kemahiran tersebut perlulah dikuasai oleh guru-guru untuk menghasilkan murid yang cemerlang.
TUAN NAZAHATUL AIMA BINTI TUAN COB
D20191088226
KAEDAH PEMBELAJARAN
AYU BINTI BASRI D20191087708
SECARA INDUKTIF
pendekatan induktif merupakan sebuah konsep alam pembelajaran yang kondusif dan holistik dalam erti kata lain tidak tertmpu di dalam kelas sahaja. merujuk J.M Kierzek dan W. Gibson, induktif menyatakan sebuah pernyataan spesifik seperti contoh atau sebab dan ianya menjadi sebuah pernyataan umum, pengumpulan dan menganalisis informasi lalu diubah menjadi kesimpulan yang umum. kaedah induktif bukan sahaja diaplikasikan dalam alam pembelajaran yang formal tetapi turut diimplementasikan secara tidak formal di dalam bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. contohnya program secara induktif adalah program home room iaitu melibatkan guru pembimbing dengan pelajar untuk mengadakan 'sharin session' untuk memudahkan pelajar untuk meluahkan masalah yang dihadapi dan guru pembimbing akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. konsep induktif dalam pendidikan tidak formal digunakan untuk memudahkan pelajar untuk memperolehi informasi yang baik daripada guru-guru pakar. pelajar dapat membuat solusi atau kesimpulan dalam menyelesaikan maslah mereka.
SECARA EKLEKTIK
SECARA DEDUKTIF
Menurut Herney Aqilah 2014, kaedah pengajaran deduktif merupakan pengajaran yang bermula daripada umum kepada khusus. Pendekatan deduktif lebih kepada satu konsep yang meluas, digunakan terhadap beberapa perkara yang khusus. Pelajar perlu mendapatkan kefahaman yang teliti dan mendapatkan formula ataupun syarat yang betul untuk diimplementasikan dalam perkara yang khusus. Kaedah pengurusan alam pembelajaran secara deduktif sangat sesuai digunakan dalam kelas pada subjek-subjek yang tertentu seperti Matematik dan Sains. Bukan itu sahaja, kaedah deduktif juga turut bersesuaian diaplikasikan secara holistic dalam sesebuah sekolah. Contohnya, pengurusan sahsiah murid. Kita sedia maklum sahsiah adalah komponen yang amat penting kepada pelajar. Oleh itu, melalui pembelajaran secara deduktif, guru boleh memberikan sebuah pernyataan yang umum tentang sahsiah untuk diaplikasikan oleh pelajar dalam seharian mereka.
SECARA EKLEKTIK
“Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah deduktif” (Herney Aqilah, 2014) Seperti yang kita sedia maklum, setiap pelajar mempunyai potensi yang berbeza-beza. Potensi yang berbeza manjadikan kaedah pembalajaran secara eklektik sangat sesuai digunakan untuk memudahkan mereka berkongsi idea dan pendapat masing-masing berkenaan sesuatu pembelajaran ataupu sesuatu isu. Contohnya, kita dapat lihat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun mengadakan program Perkampungan Ilmu yang dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 untuk mereka memperoleh ilmu dan bimbingan serta berkongsi pendapat tentang penyelesaian soalan sesuatu subjek. Secara umunya, pendekatan eklektik memudahkan pelajar memperoleh pelbagai pendapat dan informasi daripada rakan-rakan dan guru pembimbing itu sendiri. Kesimpulannya, ketiga-tiga kaedah ini amat penting dalam pengurusan alam pembelajaran kerana kaedah-kaedah ini merangkumi segala aspek dalam institusi Pendidikan seperti sekolah sama ada secara formal, tidak formal, di dalam kelas mahupun di luar kelas dan juga asrama.
Kepentingan Pengurusan Alam Pembelajaran
​
Pengurusan alam pembelajaran memainkan peranan penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Antara kepentingannya adalah untuk memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar. Pengurusan yang membuat pelbagai jenis program belajar dalam alam pembelajaran dapat memenuhi masa pelajar. Pelajar juga dapat memenuhi masa mereka dengan perkara yang berfaedah berbanding hanya membuang masa dengan perkara yang tidak memberi bermanfaat. Tambahan, pengurusan alam pembelajaran perlulah seimbang dari segi emosi, intelek, jasmani dan rohani. Oleh itu, dengan adanya pengurusan alam pembelajaran yang seimbang dan baik, maka masa yang diperuntukkan untuk mengajar juga dapat dipenuhi.
Selain itu, pengurusan alam pembelajaran juga berperanan dalam meningkatkan prestasi dan minat pelajar. Hal ini demikian dapat dikaitkan dengan kepelbagaian kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Pelajar akan lebih tertarik untuk belajar apabila guru menggunakan alat bantu mengajar dan kaedah serta teknik yang pelbagai. Kaedah dan teknik yang mengajar bukan sahaja digunakan di dalam bilik darjah malah digunakan di luar bilik darjah. Sebagai contoh, membuat laluan biologi di mana laluan tersebut mempunyai maklumat-maklumat berkaitan dengan mata pelajaran biologi seperti haiean yang telah diawet dan juga gambaran-gambara yang berkaitan dengan biologi. Oleh itu, akan lebih berminat dan akan wujud perasaan ingin tahu dengan lebih dalam tentang mata pelajaran tersebut. Hal ini demikian dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran.
NUR BALQIS BINTI MOHD YUSOF
D20191087662
Seterusnya, pengurusan alam pembelajaran juga merangkumi segala persediaan seperti tempat dan suasana pembelajaran yang kondusif. Guru perlu menitikberatkan suasana pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Hal ini demikian kerana, suasana pembelajaran juga mempengaruhi pembelajaran pelajar. Oleh itu, pengurusan alam pembelajaran ini penting agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Akhir sekali, pengurusan alam pembelajaran penting untuk guru mengetahui cara mengendalikan pelajar. Pelajar dan guru perlu berinteraksi antara satu sama lain dalam alam pembelajaran. Oleh itu dengan pengurusan yang baik, dapat membantu guru untuk mengetahui cara untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan para pelajar agar pelajar berasa selesa. Jelaslah bahawa pengurusan alam pembelajaran amat penting bagi setiap sekolah bagi mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah.
KEBERKESANAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Antara keberkesanan yang diperolehi dalam pengurusan alam pembelajaran adalah dapat mendidik pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin dari segi pengurusan masa dan tingkah laku di sekolah. Selain itu, mendidik warga sekolah untuk menggunakan kemudahan sekolah dengan sebaik mungkin agar pembelajaran di dalam dan luar kawasan bilik darjah berjalan dengan lancar. Seterusnya adalah membantu pelajar untuk lebih matang dan berdisiplin dalam menjalankan aktiviti sekolah secara langsung atau tidak langsung.
MUHAMMAD ARIFF BIN IBRAHIM
D20192091926
RUMUSAN
Pengurusan alam pembelajaran perlu dititikberatkan oleh para guru supaya pengajarn dan pembelajaran berjala dengan lancar. Pentingnya pengurusan ini adalah supaya guru dapat menghasilkan pelbagai kaedah pengajaran berdasarkan kepada kelebihan dan keupayaan murid.
RUJUKAN
Aqilah, H. (2014, July 24). Pendekatan Induktif, Deduktif, Eklektik dan Komunikatif.
In Dunia Pendidikan. Retrieved from https://duniapendidikanipg.blogspot.com/2014/07/pendekatan-induktif-deduktif eklektik.html
​
Bartlett (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014: Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan alam pembelajaran
​
Faiez Roslan, (16 December 2018) Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada http://faiezimtiaz.blogspot.com/2018/12/tajuk-14-pengurusan-alam pembelajaran.html
​
Lee. S. M. (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014: Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan alam- pembelajaran
​
Noraisah Ibni Qasim (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014: Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014 pengurusan-alam-pembelajaran